ujian yang berat

 





Assalamualaikum .. Alhamdulillah .. dah cari dah tengok harga around 2k la jugak perabot baru .. tapi agak mahal la .. aku masih mencari lagi haha 2k tu pikir 10 kali kot hahah mama kata normal harga tu ..noo kalau ada yang berkualiti dan harga murah masih di pertimbangkan.. .. duit tak tumbuh dari pokok mangga

Arghh hari tu cust letak je baju kat dalam kotak .. hahaha aku kata jangan salah umah dah la.. dia kata da ada banner senang sikit.. paling kelakar syarikat lembaga air ni.. org suruh betul kan paip.. dah sudah betul dia boleh lak tanya hantar seluar boleh tak? pakai benang apa eh? berapa lama boleh siap.. nak potong bawah je .. benang emas boleh tak?  insyaAllah semoga hani terus maju.. 

Raya tahun ni tak buat korban .. baru ingat nak masak sambal udang bagi kat kampung argh.. tapi semua raya kat shah alam .. cakap pasal masak .. najmi dah pandai masak ~ yeahhh im so proud of your sayang ❤️ .. even dia kata macam tak sama tapi alhamdulillah la susah tau lelaki nak rajin masak ni.. biasa olang masak meggi je .. ni masak lauk lauk .. Alhamdulillah la sejak sakit hari tu awak dah makin rajin eh .. apa sahaja pencapaian awak now dan cuba untuk mahir now saya sangat bangga dengan awak.. kamu yang rajin ni buat saya rasa nak jadi lagi rajin ..patut la ramai suka awak kannn .. hahah oh ya cermin saya penuh gambar awak je hahahhaa 

done melawat mami .. sebak rasanya mami lain sangat .. mami yang riang dan happy now di uji dengan penyakit ..Allah nak naikan darjat mami..sakit itu penghampus dosa .semoga di angkat segala penyakit mami. adik tak sanggup tengok mami macam tu ..adik rindu mami yang dulu yang suka bergurau dan berborak dnegan adik.. ingat lagi waktu mami dah macam mama nombor 2 adik waktu mama masuk hospital ..smeoga mami diberikan kekuatan untuk sembuh semula .. sembuhkan la penyakit mami :') adik tak boleh la orang adik sayang sakit sakit arghhh

kesian kak nana dan kak ira .. semoga mereka juga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjaga mami.. semua syaang mami . 🫶🏻 dengar kak ira tak tidur pon rasa kesian sangat.. kak nana tak cukup rehat :') cepatlah sembuh .. 

macam macam jadi minggu ni .. macam macam perasaan datang tapi itu kan mainan syaitan .. hurm betul kan balik diri adik ni .. 

so kesimpulan dalam minggu ni rezeki Allah itu berbeza setiap manusia .. kadnag kita rasa iri hati tengok rezeki orang lain ..hampuskan sikap itu.. tapi yakinlah Allah tahu apa terbaik untuk kita dan bila waktu terbaik untuk diberikan rezeki dan kesenangan itu.. kita sebagai hamba jangan pernah berhenti meminta dan usaha .. setiap kesabaran kita akan memperolehi rezki yang baik akan datang .. macam mana sulit pon waktu sekarang ingat la satu hari nanti akan ada kebahgian dan sesuatu yang lama kita doa akan di makbul kan kemudian hari.. jadi lah manusia yang bersyukur dengan dengan segala ujian .. setiap ujian itu tanda Allah sayang pada hambanya .. dan Allah rindukan doa dari kita . berbeza dengan manusia yang tak pernah di beri ujian .. sabar lah Allah tahu apa dalam isi hati kita .. Allah tahu kita sedang berusaha menjadi manusia lebih baik hari demi hari.. 

so siapa yang kat luar sana rasa down sangat dengan diri sendiri .. cuba tenang kan diri tarik nafas yakin dengan setiap perancangan Allah . sabar dan ikhlas kan diri kita menempuhi perjalanan itu .. ada hikmah Allah jadikan kita begini.. suapaya Allah nk kita lebih dekat dengan nya .. sentiasa meminta kepadanya ..sabar tu pon ganjaran yang tiada hadnya.. anda tak kesorangan ramai lagi manusia yang belum capai apa yang diimpikan pada usia lanjut.. ramai juga yang sedang berusha seperti anda .. 

Ujian di hadirkan berbeza kepada setiap manusia.. kita harus bersyukur ujian kita ini sahaja .. ada manusia di hadapkan ujian lagi teruk hingga air mata dia sentiasa mengalir .. Allah tahu orang tu boleh hadapi ujian itu.. Allah tahu setakat mana ujian kita boleh tempuhi.. Allah tahu isi hati kita macam mana .. walau apa pun balik la pada Allah .. tenang kan diri kita dengan amalan amalan yang baik yang menjadikan bekalan di akhirat nanti.. jangan di hiraukan sesuatu yang tetap akan menjadi milik kita .. rezeki yang telah di tetap kan untuk kita  .

yakin dengan Allah .. berbuat baik dengan manusia . dan haiwan . serta alam . yakin dengan setiap apa yang terjadi ada hikamah nya . Allah suka tangisan pendosa .. yang hanya mahukan keampunan .. Allah rindukan doa kita setiap hari.. nak hidup bahagia letak Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam hati kita ... tenang la dengan segala takdir mu.. semoga kebahagian buat mu ❤️ 

juzuk 1 tentang penyerahan .. ia mengajar kita sebelum mula apa apa kena tahu kita ni hanya hamba shaja  dan kita perlu mengaku kesilapan kita. kita tak sempurna ada disebutkan  dalam surah al baqarah .. kenapa dia ada di awal alquran kerana ia mengajar kita untuk rendah diri dulu sebelum meminta sesuatu pada Allah. apa apa pon kita tetap kena hidup dalam meminta jalan pada Allah . jalan yang diredhai agar kita perolehi nikmat nikmat di jalan itu..  dan bersyukur dengan nikmat yang sebelum ni .. jangan berjalan dengan angkuh berjalan lah dengan tunduk .. 

sempena bulan baik ni semoga kalian diberikan kesihatan yang baik. keluarga kalian di berikan kesihatan yang baik.. semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah .. entah la bulan ni rasa sebak je manjang ahahah .. semua benda buat air mata adik mengalir ahhaha .. rasa rindu dengan semua yang tak sama lagi. semoga apa yang terbuku dalam hatimu dimakbulkan suatu hari nanti insyaAllah .. postif dan yakin pada Allah .. insyaAllah ..sebarkan benda benda baik dan lakukan kebaikan hingga hati kamu terbiasa dnegan kebaikan.. segalanya bermula dengan kita . so jangan down gaissss Allah ada dengan kita ❤️ cenyum cikit hahaha ni senyuman dari mata je 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

aq perempuan la???

NAK JADI TOP

produk and me ?