HATI
lets talk.. kalian pernah tak trauma? dan menyebabkan kalian takut pekara sama berulang kali? macam mana nak tahu someone tu setia macam kita? kalau otak kita selalu berfikiran bukan bukan .? bila kita minta Allah untuk hadirkan kita manusia baik adakah ini yang terbaik? atau masih sebuah pengajaran lagi? atau masih sebuah ujian? boleh ke kita nak percayakan someone 100% ?
tengok la bila kau selalu dicurangi kau jadi trauma dengan semua lelaki/wanita .. trauma dengan ayat lelaki/wanita .. trauma dengan tanda tanda yang sama .. tanda awal hahah entah la .. kalau ini pon pengajaran .. maka tutup kan la pintu hati ini dari suka pada lelaki lagi.. biar la ini jadi pengajaran terakhir dan berehat lah adik.. mungkin kebahagian adik tu kat akhirat mungkin kat sini tak ada ..
kalau boleh tak nak overthinking dan fikiran negatif tapi kadang benda tu tak boleh lari dari fikiran kita .. lagi2 bila melibatkan perubahan sesorang .. tapi perubahan sesorang belaku akibat perubahan kita .. dan perubahan kita pulak belaku disebabkan overthinking yang berlebihan .. menyebabkan kita ragu ragu untuk terlalu cinta atau terlalu sayang .. sebab kita takut terlalu sakit kemudian hari ..
hanya disebabkan orang lain yang hancurkan kita .. kita sukar terima sesiapa yang hadir .. lihat lah wahai manusia yang hancurkan hati manusia lain .. lihat apa kau dah buat pada orang yang setia dan tulus ni.. kau buat dia jadi sukar untuk buka hati tapi dia nak jugak yakin kan diri dia manusia semua tak sama macam kau .. tapi dia sukar untuk percaya benda tu ..
kejujuran kan kesetiaan tu sukar untuk kita yakinkan melalui kata kata je .. kadang manusia boleh belakon .. itu lagi menyakitkan . entah la setia tu dah tak ada makna apa dalam hubungan lagi hanya disebabkan perangai manusia yang tamak perhatian .
tapi yakin la sesorang yang mencintai Allah akan mencintai kamu jugak .. dan akan tetap minta Allah untuk melindungi kamu.. cinta tak dapat dibuktikan dengan effort yang tinggi ..kadang effort itu pon hanya lakonan.. tapi cinta tu dapat di lihat bila nama kau sering di sebut dalam doa .. doa agar diberikan kebahagian buat kau .. ikhlas dengan apa sahaja takdir ditentukan agar kau bahagia dengan takdir tu jika ia pilihan kau ..
kadang kita tak dapat nak bukti kan pada sesorang itu tentang keikhlasan kita mencintai dia.. tapi bila kita buat sesuatu tapi kita masih redha jika bukan kita pilihanya . kita tak mengharapkan apa apa balasan .. kita cuma nak dia senyum ..itu la tulus dalam mencintai..
tapi hati manusia itu milik Allah . hanya Allah mampu gerakan hati manusia untuk suka kita dan tetarik dengan kita . jika kau mahukan dia doa pada Allah untuk bawa dia sekali pada Allah.. dan pertemukan la kami dalam jalan benar mu.. jalan halal mu.. dan permudahkan urusan kami menuju ke jalan itu .. jika Allah tunjukan kamu bukan dia .. dan Allah tunjukan kamu manusia itu bukan jodoh mu.. maka redha la .. sekurangnya Allah tunjukan sekarang .
minta Allah tutup pintu hati kau hingga manusia yang berniat baik ketuk pintu hati kau .. wahai manusia baik.. hati ini mungkin tak sama dan tak sempurna ia sudah pon hancur akibat manusia lain .. maaf jika terlalu berwaspada .. maaf sebab tak dapat yakin dengan apa apa .. maaf wahai manusia baik.. semoga Allah melindungi hati kita untuk manusia baik .. semoga kalian dicintai kerana Allah .. dan menuju ke jalan yang baik. semakin dekat kita dengan kebaikan maka itu lah jodoh dari Allah .. sesuatu yang membawa kita kearah kebaikan .
jika ini masih lagi satu pengajaran .. maka jadikan la pengajaran ini yang terakhir untuk selamanya .. agar kau bahagia di penghujung cerita .. setia itu memang mahal untuk manusia murah .. dan manusia mahukan perhatian .. jadilah manusia mahal .. jadilah manusia yang tidak mudah untuk sesiapa .. jadilah manusia berharga .. cukup perhatian dari Allah untuk melihat amalan kita dan kita perolehi kerberkatan darinya .. cukup Allah je yang kita mahu ia melihat kita .. selain itu tak mahukan perhatian manusia lain .. selain dari itu biar lah seorang yang ditakdirkan untuk kita .. seorang yang kita nak bawa untuk kita menuju ke syurga di akhirat nanti .. cukup la itu
setiap aturan Allah itu cantik.. mungkin di hadirkan pengajaran supaya kita lebih menghargai sesuatu akan datang . lebih menghargai pehujung cerita kita .. yakin dengan apa sahaja jalan cerita ni.. Allah tahu apa terbaik untuk kita .. Allah tahu kita mampu hadap atau tidak ujian itu.. Allah telah pon mempersiap kan kita untuk sesuatu.. ❤️ sesuatu yang bermakna
Ulasan