pls love yourself

 


setiap manusia perjalananya berbeza .. hanya sebab kau tak dapat apa yang mereka dapat pada umur sekarang tak bermakna hidup kau berakhir sekarang.. apa yang belaku ada peringkatnya.. yang penting jangan menyerah bila dengar kata kata manusia.. bila kita terlampau mendengar kata kata manusia kita akan jadi manusia down dengan sendiri.. cuba lihat sesuatu di sudut positif .. jangan terlalu negatif kan diri hanya sebab persekitaran rakan mu terlalu sempurna dan kau rasa diri kau tak sempurna macam mereka.. 

kadang Allah nak jadikan bnde tu sekejap je dalam tempoh berapa bulan je kau dah nampak perubahan .. kadang Allah nak jadikan benda tu lama sebab nak kita banyak bersabar .. tapi kita jangan dengki melihat tempoh yang sekejap tu sebab mungkin dia sekejap sebab akan ada ujian selepasnya .. dan yang lambat  ni pon dia ada ujian yang lama sebelum perolehinya .. semua manusia di uji tak ada satu pon terlepas dari ujian ..

cuba yang bezakan kita cara kita hadap ujian tu .. sama ada redha atau mengalah . tak bermaksud bnde tu tak macam apa kita nk kita salah kan takdir .. kadang mungkin kita yang terlalu banyak kita dapat hingga kita tak dapat bersyukur dengan sesuatu yang kecil .. cuba tengok kat luar sana tak semua manusia hidup dengan bumbung yang selesa . tak semua manusia dapat kawan dan di pandang oleh orang .. tak semua manusia berpeluang rasa ada keluarga .. habistu kita ni? Allah dah bagi kita macam macam .. Allah cuma uji kita sikit je .. kita dah rasa terbeban dengan hidup .. ada yang di uji dengan harus cari nafkah untuk anak anak tapi di uji dengan kanser .. macam mana dia nak teruskan hidup dia ? macam mana fikiran dia hari2 ? 

maka bersyukur la apa sahaja yang kite perolehi now .. lagi banyak kita bersyukur lagi banyak kita dapat.. jangan pernah pertikai kan rezeki Allah .. sebab ia pelbagai bentuk yang kita tak sangka .. kesihatan,ketenangan hati, kudrat nak buat amalan tu pon tanda rezeki .. tak semua mampu buat .. see sayang nya Allah kat kita .. jangan pernah bersangka buruk dengan nasib sendiri.. jangan pernah rasa kenapa aku tak dpaat apa mereka dapat.. kita tak duduk kasut manusia lain .. kita tak akan tahu apa apa .. berdamailah dengan hati yang tenang dalam lalui liku liku kehidupan ni.. asalkan kau lakukan tangungjawab kau sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak , sebagai seorang suami/isteri  ,sebagai mak/ayah ,sebagai saudara sesama islam  .. itu dah terbaik .. yang lain berserah pada Allah .

lakukan kebaikan sehingga hati kamu terbiasa dengan kebaikan dan secara tak langsung lembutkan hati kamu untuk beramal lebih lagi di jalan Allah .. jangan pernah jadi manusia sombong .. jangan jadi manusia tamak .. jangan pula jadi manusia yang suka bersaing .. jika nak bersaing biar la ia kearah kebaikan .. sebab yang kita kejar now bukan dunia .. dunia ni sementara hanya tinggal berapa tahun sahaja . tapi kat sana nanti penentuan kita .. atas apa rezeki kita perolehi ni .. pergi ke arah mana .. dan apa kita bekal untuk ke sana .. jika nak menagis .. biarlah menagis kerana dosa .. jika nak rindu biar lah rindu pada Allah . 🫢🏻

apa pon kalian hadapi tolong sayang diri kalian tolong rasa bangga dengan apa sahaja pencapaian kalian ..tolong bangga dengan diri kita .. belum tentu ada manusia yang boleh hadap apa kita hadap.. belum tentu ada manusia berhati perut macam kita.. belum tentu manusia dapat jadi baik pada orang macam kita .. maka tunjukan!!! pada mereka tak semua manusia yang tersakiti tu akan jadi jahat!! mereka tetap baik tak ada apa boleh ubah kebaikan seseorang jika hati manusia tu memang begitu .. maka bangga la dengan kebaikan anda .. bangga dengan diri anda .. apa saja kebaikan kita lakukan niat kerana Allah .. semuanya hanya untuk mendapat keredhaan Allah .. kita hidup pon sebab Allah .. Allah panjang kan umur kita sebab Allah nak pengakhiran yang baik untuk kita .. dan Allah tahu ada manusia lain yang masih perlukan kita .. 🫢🏻 bersyukur dan hargai kebaikan mereka dan kebaikan kita .. and sayang yourself too 

dan bila kita buat sesuatu niatkan kerana Allah .. agar kita sentiasa mendapat pahala.. πŸ™‚‍↕️pelukan angkasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

aq perempuan la???

NAK JADI TOP

produk and me ?