solat
makin kita perbaiki solat makin Allah perbaiki hidup kita ... mula kan dengan perbaiki wuduk kita .. baju untuk solat pastikan tidak terpecik dengan air kencing.. atau tiada bernajis .. kena swmuanya bersih.. sebelum solat bersihkan diri kita dulu.. kita nak berhadapan dengan Allah SWT kita kena dalam keadaan baik baik.. insyaAllah lepas kita perbaiki solat kita Allah akan perbaiki hidup kita untuk menjauh dari apa yang di larang .. semakin tenang semakin mudah hidup kita untuk melakukan kebaikan yang lain .. semakin kita mencegah pekara yang tidak baik.. kemudian bersihkan hati dengan zikir .. jangan mengeluarkan perkataan tidak manis .. semakin kita gunakan mulut dengan tidak baik maka semakin sukar kita menyebut nama Allah SWT dan puji rasulullah SAW .. bila kita letak Allah dalam hati .. sentiasa semuanya akan di permudahkan .. kebaikan kita lakukan bukan nak pujian .. tapi nak Allah berkati hidup kita .. nak kongsi nikmat yang Allah beri kepada semua .. sebab tak semua rezeki kita perolehi 100% milik kita .. ia mungkin milik orang lain.. tak semua rezeki bentuk wang.. kadang kesihatan dan suasana baik dan dipermudahkan urusan .. panjangkan umur mak ayah .. dan adik beradik baik.. semua manusia keliling kita baik ... itu pon kira rezeki jugak .. kadang ye kita leka dunia .. tapi selagi pintu taubat tak tutup selagi tu kita masih ada peluang.... tak malu ke segala pekara tak elok kita lakukan akan di tayang kan di screen besar di akhirat dan semua manusia melihat ? maka taubat la .. dan berharap tiada apa yang di tayangkan walaupun ia akan di tayangkan semua.. nak jadi baik senang nak kekal baik susah .. tapi kalau hati kita cintakan agama kita insyaAllah .. semuanya akan baik baik sahaja ..
Ulasan