cause i know everything
Assalamualaikum.. dah 7 hari berlalu..
kita mulakan dengan assalamualaikum .. bagi yang dah lupa nama aku hani.. siapa rindu hani? asal hani diam? berak ke ? buat kuih ke? aku diam diam aku banyak memerhati auww kau elok elok sikit perangai kau.. aku perhatikan perangai kau dari jauh ni aku tengah kaji stalker aku ni.. siapa dok mana mak dia nama siapa ..
kau pernah berangan ark? now rambut aku makin panjang dan perang kehitaman.. aku ibarat puteri tapi kalau aku nak jadi puteri aku nk yang ada dragon tu yang boleh bawak aku terbang dalam 10km selama brapa min sahaja supaya mak aku tak sedar yang aku tak de kat umah.. so dragon tu akan bawak aku ke gunung yang bawah dia laut .. angin kuat kat situ.. aku suka gunung aku suka laut.. aku suka mendung digunung dan laut yang berombak time mendung .. aku macam nak terjun je .. pastu terapung dia tak hujan hanya angin dan awan gelap.. dragon aku kena warna matlic black lawa ada pantulan purple hijau merah wahhhhhhhh.. teruskan berangan anak muda
kau pernah tengok cerita dark water tak? yang syiling dia bertanda kat atas tu.. oh ya bumbung aku bocor akibat tekanan air yang melapauhi batas .. paip nya pecah .. ye paip air kat bumbung ~ untuk meyalurkan ke dapur .. so area menjhit aku la hadap.. rabu nanti baru org dtg betulkan .. bumbung tak bumbung time duit nak masuk bisnes nak rancak ni aku tak boleh reject cust .. so aku rela kena hempap bumbung ye demi wang ahahah .. demi kedai KOPIJA kopi dan pizza nyum nyum .. see aku brangan lagi.. bukak kedai kopi dan pizza .. dua gabungan fav aku ahahah nyum nyum ni brangan bisnes ke berangan nak penuhkan isi perut aku eh? tapi aku tak reti buat kopi .. sekian terima kasih
ye aidil balik tumpang tidur jap.. dia kebosanan bini dia dah tak de kat melaka .. bini dia keja kat KL now .. so dia terpaksa berjauhan.. selama yang mungkin sampai la anak mereka lahir .. sampai la dapat pindah melaka balik.. so kami jaga aidil dan kami bagi dia makan meggi .. berbungkus3 meggi aku beli.. dia ni kurang makan nasi lauk kampung .. dia lidah megginugget dan hot dog . aku kejam kejam pon sayang abang aku tau
aku ada beli youtube premium sebab aku suka dgr youtube .. and tgok youtube berbanding netflwx or disney viu dan segalanya.. semua tu ada tapi aku suka youtube .. pastu aku beli kat india ni.. dia boran english aku borak english .. pasth dia mintak email aku bagi la ..pastu dia terangkan dlm bahasa english aku diam je la pastu dia cakap paham tak? ambikk kau melayu keluar .. sekali aku balas balik dalam bahasa english.. mesti dia macam la minah melayu ni tak gibab nak speaking siakk ahahah even berterabur.. ahah tapi tu la aku ingat aku kena scam tapi dan beberapa hari baru nampak premium aku
hari tu kan aku overthink to the moon and never come back kan.. sekli tanya najmi and ambikkkk kauuu semua dia ss dari chat zaman penjajahan british hingga chat dari zaman kerajaan majapahit.. dia kata tidakk awak saya tidak chat wanita lain awakkk .. saya tak peduli pon wanita suka saya ! saya suka awak ..saya pon suka awakkk najmi arghh.. cair pulakkkkkkk alaaa perangaii alaaaaa .. pastu beberapa hari kemudian kami vc dan dia tgh menunggu masa nak balik tu.. pakwe aku memang comel perangainya sejak azali.. dia pulak kena hadap awek gila filter ni hahahaha .. kalau boleh hari2 nak kacau tapi tu la kang serabut hidup dia nak hadap aku je hahahaha .. aku kena bagi dia bernafas .. tapi nasib la awek awak bukan pompan yang "i tak suka u kawan dgn minah tu !!! block minah tu !!! " tak aku masih waras sebab aku percayakan pakwe aku hahahaha !! dia kalau jahat aku sunat kan pakai pisau lipat yang tumpul tu hahahahha lama tu makan masa tu ahhahah pastu dia balik melaka dan dia bagi mangis dan jantung pisang .. dia mengidam mangis.. dia comel gais bawak moto besau gedabak dia tu vroom vroom now gmbar dp dia pon gambar moto besau gedabak dia vroom vroom kan aku cakap aku suka mamat moto yomel dia macm arghhhhhhhhhhhhh encemnyaaaaaa arghhh comelll arghhhhh cairrrrr arghhhhhhh gitu ..suka tgok laki vibe vibe bad boy arghhhhhhhhhh tapi dia nice boy ahahha and kakak aku perli wahhhhh pakwe bagi jantungggπ ciaaaa ahhaha bukan jantung dia yokey .jantung pisang.. aku dah cuba dapatkan jantung dia malah aku pulak sakit jantung tengok kecomelan dia yang vibe ganas bertukar menjadi seorang bayi comel yang perlu di belai dan di usap di muah muah gitu ..
semoga semua kebaikan awak lakukan kepada manusia mendapat pahala dan diberkati Allah SWT dan semoga awak sentiasa dilimpahi rezeki yang berlipat ganda .. semoga hati awak tenang untuk sentiasa beramal.. π«Άπ» semoga Allah permudahkan urusan awak najmi!!! arghhhhhh sayang awak
so end of story and the moral of story .. jalani hidup anda dengan tenang dan husnuzon sentiasa kepada semua .. sentiasa lah berdoa untuk sesuatu yang baik.. keluarkan perkataan yang baik dan kurangkan carutann haha maniskan bahasa anda .. maafkan smeua manusia yang menyakiti anda dan sentiasa berbuat baik dan permudahkan urusan manusia agar Allah permudahkan urusan anda kelak ..siapa yang tengah down tu.. nah bahu.. tepok bahu!! .. redha adalah kunci untuk tenang.. kalau kita terima sesuatu dengan redha Allah akan mempermudahkan apa yang sulit itu dari hidup kita .. maka sentiasa la redha .. untuk yang rasa kurang dengan hidup mereka .. jangan mendongak kat atas sangat .. sebab kat bawah ada manusia yang kagum dengan apa yang kau lakukan sekarang .. dan berusaha untuk jadi manusia seperti kau.. so alhamdulillah untuk segalanya π«Άπ» lagi banyak kita bersyukur lagi banyak kita dapat ~ and untuk sesiapa manusia yang berniat jahat ke atas kalian .. semoga Allah sahaja membalasnya .. anda tak perlu balas apa apa .. anda relek.. kalau anda rasa geyam contact saya .. saya tahu mana nak beli pisau lipat tumpul sebba saya da pernah beli masa nak potong bunga rampai hari tu.. π«Άπ»
and doakan semua manusia yang anda kenal.. tahu kah anda doakan manusia lain pon dapat pahala? sebab kebaikan kita tu.. so bila kita doakan bnde baik and bende baik tu jadi kenyataan lagi wahhh berkat doa anda .. jadi kalau nampak manusia perangai tak semegah je.. jangan hina tapi doakan ~ anda nak pahala tak???? pahala tu kita boleh perolehi pelbagai cara ..
btw stalker .. kalau aku tahu siapa kau siap kau aku rebat dengan batang besi.. kau jangan ingat kau boleh terlepas dari gadis saiko ni.. keturunan kau aku cari sampai ke lubang remisss aku gali kau .. π <~ saya budak baik
Ulasan