najmi meet my mama
Assalamualaikum jam menunjukan pukul 11 rasanya aku baru habis settle masak roti jala.. pastu aku buat kuah kari tu menjadi mee kari.. pastu aku ajak najmi datang .. sebab everytime aku bagi tau mama nanti aku nak keluar pastu mama macam nak keluar boleh tapi bagi dia datang sini dulu.. ayat tu da jenuhh kita dengar so kita pon suruh dia datang je la ..mula mula agak akward la nk suruh dia hahahah..
dia sebenarnya macam ni aku pon masih tengah kenal hati budi najmi masih tengah tau apa perangai dia .. sebab kita nak hidup lama ni wakk dnegan dia .. kita tak mo la nanti kita ni bukan macam apa awak nak .. so bila dah melibat kan mak mak ni dia jadi serius tau.. lagi2 aku ni mana pernah bawak pakwe jumpa mama.. dan selama aku bercinta dengan sesiapa aku tak pernah cerita kat mama pasal pakwe aku.. mama just tau budak tu orang mana je .. so kali ni aku cerita benda ni detail so mama macam siapakahhh lelaki yang mencuri hati anak ku..hingga ubah dia menjadi berani ni.. ye wey dulu aku tak berani 🤣 nak keluar takut semua takut hahahaha sejak kenal najmi perangai aku berubah sikit bab bercakap pon dah lain tapi bukan sebab dia sebab aku da tua aku malas nak bercakap panjang panjang.. ahaha
so yeah aku dah siap kan semua.. siap mandi solat bagai .. and najmi pon datang.. and aku biar kan mama tanya dia segala soalan yang mama tanya aku yang aku pon tak tau nak jawap macam mana .. hahaha lama gak aku biaw kan mama tanya dia . haha entah soalan tu apa aku tak tau.. haha sekali aku datang depan najmi kata boleh tahan pedas mee .. wey tekak aku rasa okey je .. najmi betul2 tak boleh makan pedas .. hahaah pastu mama kata apa kau ni dik bagi la dia air sejuk ahahah !!
pastu soalan mengejut da keluar ~ betul ke kau suka anak makcik... dah keluar sana sini tak kan kawan je ? apa status kau dengan dia? . pastu najmi be like makcik cuba tanya anak makcik.. tak tau la apa maksud najmi... tapi mama ingat like aku yang lebih suka kat najmi berbanding najmi suka kat aku .. and mama kata adik tak boleh suka kat dia lebih .dia yang kena suka adik lebih .. pastu aku cakap sama je.. sama sama suka mana ada lebih mana ada kureng.. and mama tanya dia banyak tak kawan pompan ahaha .. pastu najmi kata kawan biasa tu ramai la tapi hani ni paling special like burger special ..bagi aku soalan tu normal je mama tak perlu add on maaf eh makcik tak nak kau terasa .. but tu la jawapan najmi tadi " nanti la saya pon tengah saving ekonomi saya banyak nak kena pikir" patut nyeeeee najmi jawab "insyaAllah makcik kalau Allah permudahkan saya akan masuk meminang anak makcik nanti" hahahahaahahah!! baru la terbeliakk biji mata mama hahaah!! .. tapi tak pe kita pon tak tahu soalan mama tadi gitu .. kalau tak kita bagi da jawapan siap siap ~ 👀
tetiba air mata mama dah mengalir .. makcik ni bukan apa dia je yang tinggal makcik tak nak la apa apa jadi kat anak makcik ni..bila mama dah nagis gini buat orang serba salah pulak hahaahh .. haish anak lain interview calon tak de nye air mata ni ..tang aku air mata berjuraiii .. nak nak mama suka tengok cerita merepek merepek je nijam .. hahaha pengaruh tv kuat ni.. yang kes dera bini bagai ahahahah ya tohann .
pastu kami pon keluar ahahah pergi karoke . actually tak tau nak pergi mana ... najmi be like awak hari ni kena tentukan ye . so aku pilih karoke je la idea aku .. hahah . asalkan dia dah jumpa mama.. tapi mama still tak bagi keluar lama.. sokey .. ini ujian kan nak next next stage kan lagi banyak ujian datang untuk uji kita stay or pergi kan sayang??? haahah so ini la ujian kita .. semoga hati kita tetap kekal :) .. so dalam tu menanyi la sepuas nyaa ahha .. and pergi masjid terapung tapi ramai olang laa .. hahah and kiteorang pergi ke port kelebang .. mengambil gambar .
you know what arghh nak bagi mama puas hati tak tau la bagai mana nya pun.. macam yang mama tahu peminat hani tu ramai.. hani eh bukan aku . pastu tetibaaa mama nampak aku suka someone mama macam apa istimewa nya najmi buat adik suka ni!!! so mama nak tahu la apaaaaa najmi buat sampai adik terbuka hati.. gitu la cerita nya so mama nk kenal la siapa kah najmi sampai adik terima .. so aku simple kan gini ye . hati ni Allah yang gerakan kita untuk suka pada seseorang.. macam dalam hal aku ni.. aku suka tengok najmi 2019 waktu aku putus dengan ammar .. tapi time putus tu pon aku masih belum berani tegur najmi.. even aku single eh.. sebab aku rasa aku kerdil najmi popular do.. haha so di singkat kan cerita .. 2022 add kat fb aku like like je tegur still tak berani.. lagi2 time tu dengan faris.. tapi putus baik putus baik gitu ahaha .. sebab kantoi dia keluar dengan perempuan senyap2 bila tanya melentingg .. hahaha so even relationship aku 2022 kureng baik still kiteorang kawan2 je .. sampai awal 2023 ini dah tahap dia chat orang lain senyap2 ahah . habis je call dia chat so putus betul2.. and aku pon pasrah .. tapi stil tak berani nak usya sesiapa ye aku ni.. macam yang anda melihat.. saya jenis malas usya manusia .. pastu bilaaaa najmi beranii wish hari raya aku macam mamat ni nampak ke aku kat sini?? aku ni halimunan ke or manusia real pada najmi ..gituu .. so aku pon tanya ajim .. najmi ni single ke dah nak kawin? pastu ajim gelakkk sebab ajim pon tahu agaknya aku susah nak suka orang ahahah . ajim pon aku susah nak suka ahhahaahahh!!! 🤣
so bila aku berani kan diri waktu aku broken tu.. najmi pon mcam okey je .. tapi sebab waktu tu aku baru broken so aku tak nak la macam najmi pikir aku gunakan dia untuk heal kan hati.. so aku macam kejap2 hilang laaa dari sosial media sebab aku tak nak guna kan sesiapa .. aku tak tau ponnnn dia kisahhhh aku hilang hilang ni.. dia be like mana pergi saya nak send reels hahaha ..bila lama lama buat aku selesa nak bergurau selesa nak jadi diri sendiri tanpa aku perlu berpura pura.. dan cara dia baik dengan kawan kawan dia sampai semua suka kawan dengan dia menjadikan contoh amat baik.. haahah lakukan kebaikan hingga hati kamu terbiasa dgn kebaikan ..
dalam masa aku dengan najmi.. setiap hari aku doa kalau bukan dia jauhkan la .. kalau bukan dia hampuskan rasa suka kat dia ni.. pastu makin aku doa makin dia dekat je sini.. lagi2 kalau kepala otak dah hampir sama . tapi tu la banyak mana suka kita pada seseorang jangan melebih cinta kita pada Allah.. dan aku masih berdoa permudahkan urusan dia agar kita berjumpa di jalan halal..
balik lak aku masih borak dengan mama .. mama risau adik kena tipu.. mama risau adik kena kercewa lagi.. mama tak nak tengok adik broken.. mama cakap budak ni senang nak bincang .. bila dia jenis cakap lepas adik kena terima dia punya percakapan .. pastu aku pon terfikir adik punya mulut pon sama je maa cakap lepas .. pastu mama kata adik nak dia boleh cuma jangan kerap keluar..nanti dah kawin korang bosan sebab selalu dah jumpa.. jadikan setiap pertemuan tu sekali sekala supaya korang tahu lebih nanti alam perkahwinan .. jadikan dia kejutan .. jangan tunjuk semua perangai sayang tu sekarang okey.. limitkan segalanya .. ibarat cinta tu manis .. lagi manis bila dialah yang halal bagi mu hahaha .. tapi tu la mama lama lama baru mama okey sikit ajak borak pasal najmi baruuu terbukaaa sikit hati mama .. hahaha
najmi masih takut aku scam dia.. tapi bila dah tahap jumpa kan dengan mama .. so memang tak la hati aku nak berubah pada manusia lain .. sebab mama pon akan marah ..dan hati aku memang tak akan berubah .. apa yang berubah ialah sikap aku atau diri aku untuk menjadi seorang isteri .. perbaiki lagi diri.perbaiki iman. siap ke aku nak jadi bini orang? even cerita tu lambat lagi .. siap ke dia nak jadi suami? mental dia ? ekonomi dia ? benda bukan sweet je banyak kita nak tempuhi. .. aku pon pikir lepas je kawin aku kena kerja .. aku tak mahu beban kan suami..benda dah masuk alam serius .. banyak lagi kita pikir ni... semoga urusan dia dipermudahkan ♥️ kita doakan yang baik baik .. aku percayakan dia .. tapi kalau hati dia yang berubah semoga Allah memberikan jodoh yang baik untuk dia .. tapi kalau hati dia kekal kat sini.. semoga kita sama sama kekal ..
bila kena suruh limitkan suka aku pada dia .. tak bermakna aku tak suka dia .. cuma perlu kawal supaya lepas kawin lagi bertambah suka haha .. buat masa sekarang walaupun jarang jumpa semoga hati kita kekal .. dan dari jauh aku akan sentiasa ada dan doakan yang terbaik untuk dia.. jadikan cerita ini cerita terakhir ..semua yang berlaku ni kuasa Allah.. jadi kita seiring kan perkenalan kita ni dengan mencintai Allah juga.. mana tahu Allah permudahkan urusan kita dua . dan buat hati kita tenang sikit dari bersangka buruk haha. buat hati kita percaya yang gerakan hati manusia tu Allah .. apa yang kita nampak now ialah kekurangan sesama sendiri .. dan ujian ini pon nak tentukan kita boleh terima atau tidak.. lepas ni akan hadir banyak lagi ujian ye .. hrm apa apa pon terima kasih awak sebab berani ❤️
Ulasan