30 to bye bye januari


assalamualaikum .. new paint .. for house tapi abang napi kata cam pudarrrr je hahaha aku suka warna tak nampak pekat .. tah aku ok je ..alaaaa semua tak ileh semua tak oley .. 🙄 

hari tu kawan baik mama datang yang mama ceritakan gaduh tak baik bape tahun dah 25 tahun ke apa .. pastu tetiba dia contact mama nk jumpa kat rumah and dia tak tahu ayah aku dah meninggal .. dan dia pon tk tahu aku anak bongsu hahaha anak bongsu pon da tua and aku masakan dia bihun sup . nyum2 .. laki dia tambah 2 kali gaisss siap cakap sedap and terima kasihh lagi .. haha 

bulan 2 hujung bulan akak aku balik nak ajak jalan jalan aku ni kalau tengah sakit muka ni memang malas aku nk gi mana nak bergua je .. bergua is betapa dalam gua .. lagi pon dia ada maisara tak akan la aku nak campur sekali .. geng mak mak orang ni kang aku jadi bibik mereka sahaja.. btw selamat hari jadi kakak ku sayang .. anda adalah kakak dan satu satunya kakak terbaik aku pernah dapat even kita aysik gaduh je dulu .. haha tapi kau je la yang terbaik okey !! ♥️ tak mo kakak lain .. cukup kau sorang dah pening kepala aku nak layan ..

kitaran tidur aku makin pelik susah la nak tidur awal hurm apa bikin? termenung menagis termenung nagis . kau tahu bila kau tak ada siapa nak meluah ? kau tak de geng kau tak ada kawan .. sebab kawan kawan kau lak semua lelaki -.- bukan nak kawan dengan kau pon dia nak jadi pakwe kau semua -.- macam taik .. so bila kau tgh usya crush .. so semua kawan kau buang kau sebab jeles .. so aku tak paham la kenapa tak boleh jadi kawan aku je -.- tanpa melibatkan hati ni .. yang pompan lak mandang seen je .. 

oleh yang demikian .. aku menagis kat sejadah mengadu macam2 :') nk meninggal hasnul khotimah .. pastu mengadu cengkung sikit ni . tak lama da ke? dgn muka sakit  hahaha pastu mengadu rasa sedih dgn diri sendiri sebab kadang buat dosa tanpa sedar .. pastu rasa serba salah ..kau pernah tak rasa macam tu???? pastu kau menagissss sebab kau da terlepas cakap benda menyakitkan hati manusia:'( and kau rasa kau patut diam . kenapa mulut ni tak boleh diam? hahaha geram aku .. . 

oh sejak tukar syampo baru ni rambut aku sehat semula ya hari tu macam kena kanser stage 4 je now alhamdulillah kembali lembut dan wangi .. just tu la muka macam nak kena sepak ni .. sakit do jerawat aku kali ni dia bukan biasa biasa auw dia besauu dan pedih dan banyak break out gitu .. so aku nak gi klinik check aku salah pakai apa apa ke aku allergic ke .. nanti dokter sahkan anda menghidap sopak wajah . hahaha tapi bagus la hodoh .. baru orang tahu langit tak selalu cerahh .

pasal isu najmi tu .. kita bagi dia fokus kerja dan kehidupan dia .. biar dia menikmati zaman bujang dia . kalau dia nak . dia nak la .. kalau dia tak nak aku .. dia buang je la .. lagi pon pilihan dia banyak kawan kawan dia semua cantik banyak  .. dan aku tak setanding .. so aku boleh menyerah dan give up bila bila masa sahaja .. ye aku sangat suka dia dan hati aku da tutup untuk manusia .. tapi ayat ayat dia ini tak meyakinkan aku .. haha still aku rasa macam one day kena "  game" .. so biar la Allah yang gerakan hati manusia .. ada jodoh ada kalau tak de jodoh sokey .. semoga Allah jodohkan dia dengan wanita yang baik baik sahaja sebab dia manusia yang baik :) .. dan jika wanita itu layak untuk diperjuangkan semoga Allah kuatkan hati dia untuk terus tabah dan semangat dalam kehidupan dia yang penat .. ye dia penat .. aku dengar dia kejar ot je pon aku dah kesian .. tisu betul hati aku ni . lagi lagi dengar dia tak sempat makan dan perut masuk angin pastu terus tidur kelaparn :') .. kotmiment dia bnyak sangat .. Semoga Allah permudahkan segalanya urusan dia .. aku harap dia sentiasa happy dan bahagia . dan jangan pernah pertikaikan diri sendiri tentang rupa segalanya. sebab itu mata kita .. mungkin dalam mata seseorang kau dah cukup sempurna ,comel ,hensem, baik ,kelakar ,dan paling penting kau jadi diri sendiri :)  .. mungkin aku tak pandang manusia melalui mata sahaja aku pandang guna mata hati aku .. "ingat jangan pernah ubah apa apa tentang diri kau untuk puas kan hati manusia" kalau kita aysik nak ikut cakap orang .. manusia tak akan belajar bersyukur dan menerima seadaanya .. tapi kalau nak ubah ke arah kebaikan biar lah kerana Allah .. kejar cinta manusia ni memang penat tau dan tak akan habis sebab susah nak puaskan hati semua orang ... tapi kejar cinta Allah .. kita akan dipertemukan dengan manusia yang sama cintakan Allah :) dan hati akan lebihhh tenang 

dan kalau boleh aku nak orang aku sayang semua ke arah kebaikan . aku nak kita sama sama dipertemukan di syurga insyaAllah .. aku bukanlah manusia baik dan alim .. aku manusia banyak buat dosa  :') dan sebab ni aku tak nak judge manusia lain .. diri aku lagi hinaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

aku tak ada masa nak buktikan pada manusia apa apa.. sebab one day ajal akan hadir jugak .. tapi biar lah sebelum ajal tu hadir .. tujuan aku hidup untuk buat orang rasa happy dan di hargai .. tanpa harapkan pujian ..  kau tak perlu puji aku .. aku cuma tak nak orang rasa sunyi macam aku .. sebab tu aku teman semua manusia . tapi aku salah ... tak semua manusia perlu kan teman macam aku .. 

i love my life from now .. aku makin berani nak keluar rumah tapi sorang sorang je la hahah naik grab ..aku kan mana pandai membawa kereta hahah smpai kereta da di sedekahkann ke orang lain .. kau tengok bertapa low profile aku ni ..lagi suka naik grab .. aku makin berani nak berdepan dengan manusia .. cam gampang pls jgn culik aku .. sia sia hidup kau nanti :) ..bila le aku nak dipertemukan dengan manusia yakin kan aku bawak kereta :') dan lawan fobia bnyk ecident aku ni ahahha

ok macam  biasa untuk hati yang tenang dan akal yang ssihat kita memaafkan dan melupakan .. sesungguh nya tiada yang lebih indah dari hati yang tenang dan kelapangan dada .. ingat ni semua dunia tak ada apa yang kekal kecuali bekalan kita kat akhirat sana .. so buat la amal banyak banyak sebab tak tau amal apa selamatkan kita dari azab api neraka :') semakin tinggi iman semakin banyak ujian .. untuk jadi manusia yang istiqomah dan di angkatkan darjatnya .. muahh wah dah macam ustajahh nooo kita bibik ingatt tu bibik!!! kbye .. nangntuk nak shido hahaah 

penyakit ain is real .. aku perlu di ubat .. jadi im gone for now or another month ..or dalam beberapa hari  ikut la and see you in raya or what evaaaaa .. ahahah bye . but i will never forget everyone ♥️


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

aq perempuan la???

NAK JADI TOP

produk and me ?