Dialah Mama

Satu hari ada lelaki bernama Chew Siang Pow dan isterinya bernama Tan Ah Hong bersahabat baik dengan orang melayu bernama Mohammad dan isterinya Gaulah ..di sebabkan Mohammad dan isterinya tiada zuriat .. Chew pon dengan rela hati memberi anak gadisnya yang baru sahaja lahir pada Mohammad. anak itu pon di jaga oleh keluarga melayu dan di islamkan.. nama di beri jasmin.. dan itu lah mama..sambil tu Mohammad ambil gak anak angkat lelaki iaitu abang kepada mama..

Mama cita cita nak jadi cikgu dari kecil lagi.. dulu masa kecil mama suka menjahit ,menulis dan membuat kuih ..Disebabkan rupa paras mama yang cantik macam amoi mama selalu menjadi rebutan di kampung ..ramai orang datang masuk meminang mama tapi nenek terlalu memilih ..hahah dan mama pon budak lagi tapi dah ada orang masuk minang ... Nenek orangnya garang sangat .. atuk pula orangnya tegas tapi lembut.. atuk kerja sebagai guru memandu .. 

Masa zaman sekolah lah mama dapat tahu mama anak angkat .. tapi mama tak banyak tanya pon dengan atuk dan nenek.

Masa mama belajar dulu selalu kena marah dengan nenek kalau tak dapat keputusan bagus ..sampai nenek kata 'macam ni nak jadi cikgu?? cikgu pekak??' tapi mama tak giveup mama ambik srp banyak kali..sambil mama tunggu result srp mama kerja sebagai kerani kat pejabat peguaman.. dapat lak result kat uitm bahagian perguaman tapi mama tetap mohon nak masuk maktab !  .

.tapi  sayangnya lepas mama berjaya masuk maktab nenek dah tak ada .. masa maktab lah mama berkenalan dengan ayah .. tu pon orang lain yang cuba kenal kenalkan.. time ni mama dah tunang .. sayangnya lepastu atuk lak tak ada.. bila mama habis maktab mama dapat jadi cikgu ..time ni la mama berkahwin.. persiapan semua mama buat sorang sorang.. sebab mama tak ada sesiapa .. 

Lepas je mama dah berkeluarga ..ayah ajak mama pergi cari mak kandung cina mama..kemudian kiteorang pon jumpa tapi ayah kandung mama dah tak ada ..tinggal mak kandung je dan adik beradik mama yang lain .. di sebabkan nenek tak boleh cakap melayu dan faktor agama so kiteorang lost contact gitu je .. hahah 

Mama kira idola wanita aku.. sebab mama seorang yang kuat .. walaupun kehilangan mak dan ayah sebelum sempat berkawin dan dia adalah anak angkat dia tetap kuat tempuhi segala ujian.. lepas kawin suami pulak stroke.. mama tak mengeluh pon mama tetap kuat dan setia jaga suaminya sampai lah boleh jalan semula... banyak ujian mama tapi mama sabar ..mama selalu jaga ayah sampai mama lupakan kesihatan mama sendiri.. now mama pulak dah sakit sakit .. semoga mama tetap kuat .. dan sihat ..







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

aq perempuan la???

NAK JADI TOP

produk and me ?