Bye Bye Faris ¬

Assalamualaikum .. selepas segala pergaduhan dan segala overthink aku terhadap dia dan segala tuduhan aku pada dia akhirnya kami berpisah dengan cara yang baik .. dia bahagia dengan pilihan baru dia ..aku pon bahagia dengan segalanya .. btw aku tak rasa nak dendam or marah dia atau gadis itu .. itu jodoh allah dah pilihan untuk dia .. 

aku happy tengok ex ex aku semua happy bahagia dengan percintaan masing2 ..tak ada la istilah marah dendam kat sini yang ada hanyalah manusia yang gembira dengan jalan Allah dah pilih untuk masing masing .. dia seorang lelaki yang baik mungkin dengan ini dia bahagia dengan cinta hati baru dia .. wanita tu pon seorang yang cantik dan baik dan bakal membahagiakan dia .harap kekal sampai ke jannah aamiin . alhamdulillah .. betul la cakap orang bila hati kite redha kita adalah manusia paling bahagia sekali walaupun mula2 tu mcam tak percaya tapi yakin lah pilihan Allah tu yang terbaik cehhh mendrama tv3 lak kau nok.. itu kadang orang tengok aku macam dah ada someone kan? happy semacam eh eh ? 


hahahha itu lah diri aku sebenar happy go lucky ceh...btw aku mintak maaf kat dia sebab aku tak boleh membahgiakan hidup dia .now Allah hadirkan someone istimewa untuk dia dan aku tak rasa menyesal pon kenal dia .. sebab dia banyak buang masa teman aku waktu ayah meninggal dan mama masuk hospital..banyak jasa dan pengorbanan dia .. umi dia baik keluarga di semua baik..umi dia membesarkan dia menjadi manusia baik ingatkan aku untuk sentiasa sabar ..alhamdulillah .. semoga Allah lindungi dia dan keluarga serta psangan tercinta dia dengan baik ..aamiin .. dan semoga kita semua dalam perlindungan Allah SWT.. 

aku ni kalau borak pasal faris ni bukan tak sayang ..sayang je tapi sebab kadang aku ni jahat and toxic .. aku lebih anggap dia jodoh orang lain aku kena jaga jap dia  dulu sebelum wanita dia ambil balik  .. aku dah lama nak lepaskan dia .dari bulan berapa tahun lepas biar dia bahagia dengan crush crush dia minat semua .. 

kadang kita ingat dah kenal dengan family semua bagai kita la wanita istimewa rupanya tak do hahaha semua pompan dalm life dia ..dia kenalkan dengan family dia rupanya ..kawan baik wanita dia .. mana mana girls dia kenal dia akan kenal kat semua family ..itu bagusnya dia macam nak tengok la perempuan mana ngam dengan family dia bagus la tu cara dia supaya mak dia tahu dengan siapa anak dia gitu adik beradik tahu dia kawan dengan ciapa gituu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

aq perempuan la???

NAK JADI TOP

produk and me ?